Friday, November 20, 2009

FIRMAN ALLAH TA'ALA

Pembuangan bayi ...Salah siapa?





Masalah pembuangan bayi bukanlah merupakan satu perkara yang baru berlaku di negara ini. Sejak zaman Arab Jahiliyah lagi kita dapati gejala tidak beretika ini telah dilakukan khususnya terhadap bayi serta anak-anak perempuan atas faktor keagamaan masyarakat pada masa itu.


Akan tetapi, gejala pembuangan bayi kini begitu berbeza senarionya memandangkan pembuangan bayi ini dilakukan atas desakan hawa nafsu manusia itu sendiri yang terlibat dengan aktiviti penzinaan hasil daripada pergaulan bebas masyarakat pada hari ini.

Malu, sedih, buntu setelah terlanjur dan mengandung anak di luar nikah, maka pengguguran serta pembuangan bayi menjadi langkah terbaik dalam menutup segala keaiban yang telah dilakukan oleh manusia itu sendiri. Kini gejala buang bayi diperkatakan semula berikutan semakin ramai bayi yang ditemui sama ada dalam keadaan hidup atau mati di merata tempat.

Fenomena seks bebas berlaku di mana-mana di seluruh dunia. Beberapa kajian yang dilakukan di negara ini juga menunjukkan 27 peratus daripada remaja kita hari ini mengadakan hubungan seks luar nikah.

Majlis HEWI PKPIM juga melihat senario pembuangan bayi yang berlaku sejak akhir-akhir ini sangat kritikal dan perlu ditangani habis-habisan oleh semua pihak.
Sepanjang tempoh dua tahun sehingga 2006, JKM menerima maklumat sejumlah 145 bayi luar nikah dibuang dan dijumpai di tempat awam atau diserahkan sendiri oleh ibu bermasalah kepada polis.Pada tahun 2006, sebanyak 83 kes telah dicatatkan di seluruh negara berbanding 65 kes pada 2000. Sepanjang tempoh 2000 hingga 2006, sejumlah 580 pembuangan bayi telah dicatatkan dengan 48 daripadanya masih merupakan janinApa yang lebih membimbangkan lagi ialah pembuangan bayi turut menular di institusi pengajian tinggi (IPT). Perangkaan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman merekodkan 580 kes buang bayi dari 2000 hingga tahun lalu, dengan Selangor dan Johor mencatat kes paling tinggi. Pada 2000, 65 kes dicatatkan di seluruh negara, 2001 (97 kes), 2002 (98 kes), 2003 (92kes), 2004 (78 kes), 2005 (67 kes) dan 2006 (83 kes). Tahun lalu sahaja, daripada 83 kes di seluruh negara, Selangor mencatatkan 24 kes, Johor (21 kes), Sarawak (12 kes), Sabah (11 kes), Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing tiga kes), Perak dan Melaka (dua kes) serta Kelantan dan Terengganu (satu kes).

Statistik sama turut mencatatkan usia bayi yang dibuang membabitkan dua kategori, iaitu janin dan baru lahir. Untuk janin, 48 kes dilaporkan dalam tempoh 2000 hingga 2006, manakala baru lahir pula 532 kes.

Gejala buang bayi adalah bukti yang paling nyata bahawa masyarakat kita sedang dilanda oleh masalah keruntuhan moral yang serius. Kebejatan sosial yang sedang berlaku itu menandakan bahawa masyarakat kita sedang sakit. Sekaligus menunjukkan betapa proses pembangunan yang dilaksanakan dalam negara kita berada pada kedudukan yang tidak seimbang.

Di Amerika Syarikat misalnya, lebih kurang 40 peratus daripada remajanya hamil luar nikah. Akibat kehamilan luar jangkaan ini ramai remaja perempuan bertindak menggugurkan kandungan mereka yang akhirnya menimbulkan komplikasi kesihatan dan kematian. Statistik yang diperoleh oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati 4.4 juta remaja dunia pernah menggugurkan kandungan.
Mengikut kajian terdapat beberapa faktor menyebabkan berlakunya jenayah ini. Faktor terbesar ialah keterlanjuran dalam menjalin hubungan percintaan, pergaulan dan amalan seks bebas sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah mengikut hukum syarak, institusi keluarga yang bermasalah tiada persefahaman, bergaduh atau bercerai. Oleh itu setiap ibubapa perlu sedar bahawa masa hadapan anak-anak terletak kepada suasana tarbiyah dalam rumahtangga yang mereka bina. Jika suasana keimanan, keharmonian dan kasih sayang, nescaya Allah SWT akan mengurniakan kebahagiaan di dunia dan dia khirat.

Firman Allah SWT di dalam surah At-Thuur ayat 21:



Maksudnya: " Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, kami hubungkan dengan mereka zuriat mereka dan kami tidak mengurangi sedikit pun dari pahala amal-amal mereka tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya " .

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Selain itu, faktor dalaman diri remaja juga merupakan punca kepada gejala ini. Kurang fahaman agama dan akhlak yang luhur menyebabkan mereka dikuasai oleh nafsu jahat sehingga berlakunya zina dan menyebabkan lahirnya anak luar nikah yang akhirnya dibuang kerana takut dan malu kepada keluarga serta masyarakat.

Penayangan filem berunsur seks oleh media elektronik, ( VCD ) lucah serta gambar pornografi di dalam internet juga menjadi punca yang turut merangsang para remaja terjebak ke lembah perzinaan yang membawa kepada lahirnya anak luar nikah di samping berleluasanya program-program hiburan yang melampau dalam masyarakat.



Perbuatan membuang bayi dimerata tempat dan terdedah kepada berbagai risiko termasuk kematian; di samping ada di antaranya menjadi mangsa binatang buas adalah satu jenayah yang amat zalim dan keji serta lebih hina tarafnya daripada haiwan. Malah haiwan lebih baik kerana mengasihani dan memelihara anak dan sanggup mati demi keselamatan anak-anak. Inilah implikasinya apabila rohani para remaja tidak di isi dengan ajaran agama. Renungilah amaran Allah SWT di dalam surah Al-A'raf ayat 179:



Maksudnya: " Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi ) tidak mahu memahami dengannya dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai " .

Justeru itu, semua pihak di negara ini agar sama-sama memainkan peranan dalam menangani kemelut ini dengan mengambil langkah-langkah berikut :

Pertama - Institusi keluarga perlulah diperkukuhkan dengan berlandaskan konsep rumahku syurgaku;
Kedua - Program-program dakwah perlulah dipertingkatkan dan digerakkan secara bersepadu;
Ketiga - Pihak yang bertanggungjawab perlulah mengawal pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama remaja;
Keempat - Program-program hiburan melampau yang merosakkan akhlak perlulah dikawal;
Kelima - Ibu bapa perlulah mengawal pergerakan anak-anak daripada terlibat dengan pergaulan bebas;
Keenam - Hukuman berat kepada mereka yang terlibat dalam melakukan jenayah pembuangan bayi perlulah diadakan;
Ketujuh - Bagi remaja yang terlanjur diinginkan janganlah membunuh bayi yang tidak berdosa. Berilah mereka peluang untuk hidup dan bersedialah untuk bertanggungjawab atas kesilapan diri bersama dengan pasangan masing-masing.

Thursday, November 12, 2009

Wednesday, November 11, 2009



KRUSUS MOTIVASI DARJAH 6

PERSEMBAHAN NASYID OLEH MURID AN-NUR BT 10


Murid-murid An-Nur Batu 10 menyertai perarakan Maulidur Rasul

Tuesday, November 10, 2009

Monday, November 9, 2009

WARGA SEKOLAH AGAMA AN-NUR BT 10

WARGA AN-NUR BT 10

WAGA SEKOLAH AGAMA AN-NUR BATU 10

Sunday, November 8, 2009

SEKOLAH AGAMA AN-NUR BATU 10,SKUDAI.



SEJARAH SEKOLAH AGAMA AN-NUR BATU 10

Pada hari Rabu jam 4.00 petang,2Mac 1960 bersamaan 4 Ramadhan 1379,Sekolah Agama An-Nur Batu 10,Skudai telah selamat dibuka dan dirasmikan oleh Penolong Pemeriksa Sekolah Agama Johor Selatan pada ketika itu.Pada awalnya guru yang mengajar di sekolah itu hanyalah seorang iaitu Ustaz Osman bin Ikhsan dengan 35 orang murid dan hanya dua aliran iaitu darjah 1 kelas pada sesi pertama dan darjah 2,satu kelas pada sesi kedua.

Sekolah ini pada awalnya menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan Batu 10,Skudai sehinggalah pada tahun 1986 barulah berpindah ke bangunan sendiriyang ada sekarang.

Bangunan sekolah baru ini diberi nama Sekolah Agama An-Nur Batu 10,Skudai dirasmikan oleh YB Datuk Hj Mohd Yunus bin Sulaiman,DPHJ,KHN,PIS,BSI dan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor pada 15 Mac 1986 bersamaan 4 rejab 1406H.

Bangunan yang ada sekarang merupakan tanah kerajaan dan dibina juga oleh kerajaan dengan harga RM 359,4600.Bangunan ini dibina satu blok dua tingkat dengan 10 bilik darjah,sebuah bilik stor dan sebuah bilik guru.

Friday, November 6, 2009

MY PROFIL



NAMA : SHARIFAH BINTI SATHAR

TARIKH LAHIR:14 SEPTEMBER 1982

ALAMAT:NO 354,JLN BUNGA RAMPAI,TAMAN AMAN,81400,SENAI.

ASAL:SIMPANG RENGAM

PEKERJAAN:GURU AGAMA

ALAMAT SEKOLAH:SEKOLAH AGAMA AN-NUR BATU 10,81300,SKUDAI.

STATUS:SUDAH BERKAHWIN

NAMA SUAMI:ABDULJAFFAR B.YAHOO

PEKERJAAN:GURU.

HOBI:BERTANI DAN MELANCONG.

PRINSIP HIDUP:USAHA TANGGA KEJAYAAN